Wednesday, October 13, 2010

3 Jurnal Pentaksiran Sumatif

3 Jurnal Pentaksiran Sumatif
Tajuk
1)Web-Based Dynamic Assessment: Taking Assessment As Teaching And Learning
Strategy For Improving Students’ E-Learning Effectiveness

Penilaian Berasaskan Web: Mengambil Penilaian Sebagai Guru Dan Strategi Pembelajaran Untuk Meningkatkan E-Pembelajaran .
2)Experience On Outcome-Based Teaching And Learning (OBTL)

Pengalaman Berasaskan Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran.
3) Focusing On Content Reusability And Interoperability
In A Personalized Hypermedia Assessment Tool

Penumpuan Pada Kandungan Guna Semula Dan Saling Kendali Dalam Pengajaran Peribadi, Perkakasan Alatan Hypermedia
Di Tulis Oleh:
Tzu-Hua Wang
Department of Education, National Hsinchu University of Education, No. 521, Nanda Rd., Hsinchu City 300, Taiwan, ROC
Oliver Au1 and Reggie Kwan2
1 Department of Computer Science, Loughborough University, UK
o.t.s.au@www.lboro.ac.uk
2 Caritas Francis Hsu College, Hong Kong, China
rkwan@cfhc.caritas.edu.hk
Fotis Lazarinis & Steve Green & Elaine Pearson
Tujuan Kajian
Kajian ini menggabungkan format penilaian dinamik yang ditakrifkan oleh Sternberg dan Grigorenko.

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan:
Perbandingan ujian berasaskan web biasa(N-WBT).
Bagaimana pelajar dengan pengetahuan yang berbeza, dalam keberkesanan pembelajaran mereka dalam 2 jenis e-pembelajaran yang berbeza iaitu N-WBT danGPAM-WATA.?
Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap keberkesanan OBTL dikalangan 15 orang pensyarah yang mengajar di Universiti, Hong Kong.
Kajian ini dijalankan untuk melihat penilaian dengan menggunakan alatan Hypermedia untuk menilai seminar dewasa.

Kajian ini juga mengenai pembangunan alat uji hypermedia termodulasi yang dipanggil iAdaptest, berdasarkan sepenuhnya kepada spefikasi e-learning dan membincangkan bagaimana meningkatkan rekabentuk guna semula dan kaling kendali dari data pembelajaran. Data pembelajaran tersebut termasuk dalam kategori data topik  (data topic), profil pengguna (user profile), hasil ujian (testing data), peraturan adaptif (adaptive rules), dan hasil ujian (testing results) yang dikod dalam format XML yang memenuhi Peta Topik, IMS LIP, dan IMS QTl.
Pendekatan
Menggunakan rekabentuk  quasi-ekeperimental untuk meneliti keberkesanan penilaian sistem web.
Menemubual  pensyarah universiti mengenai pengalaman mereka mengajar program komputer, berasaskan keputusan dan bagaimana OBTL mempengaruhi mereka dan pelajar.
Menggunakan kaedah temubual  dan menggunakan pendekatan pentaksiran formatif dan sumatif.
Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu:
-alat yang dibangunkan mudah digunakan oleh pendidik.
-pendidik akan menyesuaikan penilaian menggunakan peraturan yang berbeza.
-dapat menyokong strategi ujian yang berbeza.
-isi penilaian boleh dibahagikan pada aplikasi e-learning yang berbeza.
Persampelan
Peserta kajian:
3 guru sekolah rendah.

116 orang pelajar grade 6, dari 4 kelas yang menyertai penyelidikan ini.
Pelajar tersebut telah mengambil kursus asas komputer dan dipilih secara rawak untuk belajar e-learning dalam 2 kumpulan iaitu:
GPAM-WATA
N-WBT

Kumpulan GPAM-WATA:
Lelaki =30 orang
Perempuan =28 orang
Jumlah = 58
Kumpulan N-WBT
Lelaki =29 orang
Perempuan=29 orang
Jumlah =58 orang
Jumlah keseluruhan= 116 orang.
Responden yang terlibat:
15 orang pensyarah universiti di Hong Kong.
Peserta dalam kajian:
11 orang pendidik  iaitu:
4-pelatih ilmu komputer
2-guru linguistic sekolah tinggi
5-guru kimia dan fizik


Instrumen
Menggunakan bahan e-pembelajaran, topic plant do photosynthesis dan penilaian berasaskan web. 
Menggunakan pendekatan kualitatif kerana pensyarah universiti tersebut tidak suka dipantau dan mereka inginkan kebebasan dalam mengajar dan membuat penilaian.
Menggunakan kaedah temubual untuk menjawab beberapa persoalan
Analisis Yang Dijalankan
Menggunakan data kuantitatif yang dikumpul termasuklah skor pre-ujian penilaian sumatif dan skor pra-ujian penilaian sumatif.
Analisis dijalankan dengan menggunakan kaedah statistic ANCOVA dan analisis data dengan menggunakan SPSS version 12.0
Dari hasil temubual untuk menjawab persoalan berikut:
-Bagaimana mereka melaksanakan OBTL dalam  program pengajaran mereka?
-Bagaimana OBTL mempengaruhi murid-murid mereka?
-Bagaimana OBTL mempengaruhi mereka?

Wawancara yang dijalankan adalah tidak dirakam untuk menggalakkan pensyarah tersebut berkongsi pengalaman mereka dengan bebas, dan identiti mereka tidak dinyatakan.
Analisis hanya dijalankan berdasarkan skrip dan pemerhatian penyelidik.
Dari 15 orang pensyarah, 13 darinya menerima wawancara mereka tanpa membuat pengubahsuaian . 1 dari mereka meminta pemerhatian perlu dibuat, dan 1 dari pensyarah tersebut berpendapat OBTL adalah negatif, dan data tersebut tidak diterima.
Jadi, analisis tersebut dijalankan terhadap 13 orang pensyarah.
Diantaranya ialah:
-Adakah Anda Mencari Alat Yang Mudah Digunakan?
-Adakah anda mempertimbangkan sistem yang digunakan?
-Apa yang penting  pada ciri-ciri perkakasan sistem?
- Adakah anda fikir bahawa set peraturan adaptif memerlukan pengembangan?
-Adakah anda menggunakan sistem dalam kelas anda?
-Adakah perkongsian isi kandungan merupakan ciri penting?
Rumusan
Sistem penilaian berasaskan web dinamik, GPAM-WATA dalam pembangunan penilaian persekitaran berpusat e-learning  dalam strategi e-pembelajaran dan pengajaran. Penyelidik juga dapat mengembangkan mekanisme yang lebih efektif untuk mengatasi kesulitan belajar dengan menggunakan e-learning dan dan mencapai keberkesanan yang lebih baik.
Pensyarah yang terlibat dalam kajian ini berpendapat, mereka mendapat penilaian terhadap pelajar dan pelajar mereka mendapat nota-nota secara(online) dalam talian.
Mereka juga tidak akan menukar kepada pendekatan non-OBTL.
Dengan adanya alat penilaian, guru dapat membuat ujian adaptif dan non-adaptif. Sifat antaramuka sistem hypermedia yang sederhana dapat membantu pendidik untuk membuat penilaian dengan mudah.

Jurnal 1: Penilaian Beasaskan Web Oleh Guru Sekolah Terhadap Pelajar Yang Menggunakan E-Pembelajaran
Jurnal 2: Penilaian sumatif, hanya berdasarkan pengalaman 13 orang pensyarah universiti di Hong Kong dengan menggunakan pendekatan OBTL dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jurnal 3: Pentaksiran formatif dan sumatif telah dijalankan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah temubual kepada 11 orang pendidik.
Ulasan
Kajian penilaian sumatif  merupakan pentaksiran formal yang berlaku pada akhir sesuatu unit pengajaran untuk menggredkan pelajar. Penilaian tersebut juga merangkumi pada penilaian keseluruhan dan integrasi kepada beberapa kajian untuk mendapatkan kepada penilaian.
Jurnal 1: Penilaian Beasaskan Web Oleh Guru Sekolah Terhadap Pelajar Yang Menggunakan E-Pembelajaran.
Jurnal 2: Penilaian sumatif, hanya berdasarkan pengalaman 13 orang pensyarah universiti di Hong Kong dengan menggunakan pendekatan OBTL dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jurnal 3: Pentaksiran formatif dan sumatif telah dijalankan dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah temubual kepada 11 orang pendidik.

4 Jurnal Pentaksiran Formatif


Jurnal  Formatif 1 dan 2


Tajuk
1) Addressing The Assessment Challenge With An Online System That Tutors As It Assesses
Cabaran menilai dengan menggunakan sistem online, tutor sebagai penilai.
2) Construction And Analysis Of Educational Assessments Using Knowledge Maps With Weight Appraisal Of Concepts
Pembinaan dan analisis penilaian pendidikan dengan menggunakan peta pengetahuan dengan pemberat penilaian prestasi.
Di Tulis Oleh: Mingyu Feng · Neil Heffernan ·
Kenneth Koedinger
C.Y. Su*, T.I. Wang
Department of Engineering Science, National Cheng Kung University, No. 1, University Road, Tainan 701, Taiwan, ROC
Tujuan Kajian Membuat penilaian terhadap pelajar, dengan menggunakan sistem ASSISTment.

Penilaian dibuat berdasarkan data  kemahiran dalam pencapaian  ujian mahasiswa akhir tahun matematik yang terdapat dalam sistem  dan interaksi pelajar
Penyelidikan ini mencadangkan pendekatan baru menggunakan KMAAS membantu guru sekolah di Taiwan untuk membuat penilaian pendidikan. Sistem ini membantu guru untuk membuat penilaian dengan mudah dan tepat.
Pendekatan Menggunakan penilaian formatif.

Penilaian yang dibuat bukan hanya dengan menilai kepada jawapan betul atau salah pelajar, tetapi juga kepada usaha.

Keputusan berdasarkan ramalan ujian akhir tahun mahasiswa, skor berdasarkan data interakasi, dan model interakasi.
Menggunakan soal selidik kepada guru untuk menguji sistem. Menggunakan penilaian formatif tentang teknik yang telah digunakan untuk memperbaiki sistem dan rangka untuk lebih berkesan dan cekap.

Kajian ini menggunakan pendekatan baru yang  menggunakan peta pengetahuan dan konsep pemberat penilaian dan lain-lain ICT.
Persampelan Data pertama : Berdasarkan data dari tahun 2004-2005(tahun persekolahan) yang menggunakan sistem ASSISTment di 2 sekolah Menengah di Massachusetts.

Menggunakan : 400 soalan, yang digunakan oleh 700 orang pelajar. Data lengkap yang diperolehi : 417.

Data kedua: berdasarkan  data dari tahun 2005-2006.

3000 orang pelajar yang menggunakan sistem, data dipungut dari 616 pelajar dari Worcester Public Schools, termasuk data online
Guru-guru sekolah  yang menggunakan KMAAS dalam membuat penilaian.
Penilaian diambil daripada 600 orang pelajar, yang melibatkan 3 institusi.
Instrumen  Berdasarkan data : keputusan ujian matematik dan data interaksi.

Data 1: 2004-2005

Data 2 : 2005-2006
Menggunakan bahan-bahan pengajaran , item ujian, dan lembaran ujian.
Analisis Yang Dijalankan Analisis korelasi.

Menggunakan 4 model iaitu :
Lean model, help model, assistance model, dan mixed model.

Analisis yang dijalankan:

Data 2004-2005 bilangan data = 391
Data dari 2005-2006 bilangan data=616

Menggunakan SPSS.
Analisis dijalankan dengan mengukur tahap belajar pelajar dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Mencadangkan pendekatan baru membina kesan konsep hubungan, mendiagnosis masalah belajar, dan pembelajaran peribadi dalam sains dan matematik.
Rumusan Sistem ASSISTment ini merupakan sistem yang berasaskan web iaitu e-learning dan e-penilaian. Penilaian secara tradisional hanya tertumpu kepada jawapan betul atau salah, dan mengabaikan perilaku pelajar. Dengan adanya sistem KMAAS  tidak menggunakan banyak masa dan tenaga yang banyak untuk upload, download dan membuat file.
Ulasan Dalam kajian penilaian yang menggunakan pendekatan penilaian formatif, ia merupakan penilaian yang dijalankan secara berterusan untuk memantau prestasi, sama ada prestasi penggunaan sistem, dan juga prestasi pelajar yang menggunakan sistem dan juga prestasi dalam pembelajaran. Penilaian formatif juga lebih kepada penilaian proses dan juga dijalankan secara berterusan.

Jurnal 1: Penilaian pembelajaran secara online oleh tutor berdasarkan kepada jawapan betul dan salah.

Jurnal 2: Penilaian Guru kepada pelajar dengan menggunakan pemberat pretasi.

Jurnal Formatif 3 dan 4


Tajuk
3) Mobile Formative Assessment Tool Based On Data Mining Techniques For Supporting Web-Based Learning
Mobil sebagai alat penilaian formatif pada himpunan data berdasarkan teknik untuk menyokong pembelajaran berasaskan web
4) Learning From And With Peers: The Different Roles Of Student Peer Reviewing
Belajar dari rakan sebaya: meninjau peranan yang berbeza
Di Tulis Oleh: Chih-Ming Chen a,*, Ming-Chuan Chen b,1

a Graduate Institute of Library, Information and Archival Studies, National Chengchi University, No. 64, Section 2, ZhiNan Road, Wenshan District, Taipei City 116, Taiwan, ROC

b Graduate Institute of Learning Technology, National Dong Hwa University (Meilun Campus), No. 123, Hua-Hsi Road, Hualien 970, Taiwan, ROC
Harald Søndergaard

Department of Computer Science and Software Engineering

The University of Melbourne, Vic. 3010, Australia
harald@unimelb.edu.au
Tujuan Kajian Kajian ini adalah mengenai penggunaan portfolio pembelajaran berasaskan web dalam prosidur belajar dan menilai persembahan mereka yang melibatkan 6 teori tahap kecerdasan computer iaitu: (statistic correlation analysis) analisis korelasi statistik,(fuzzy clustering),(analysis grey relational analysis), analisis hubungan.
K-means clustering, fuzzy association rule mining fuzzy inference,
Kajian ini bertujuan melihat penilaian formatif yang dijalankan dalam kelas berdasarkan pengalaman penulis dan membantu dalam membuat penilaian pembelajaran.
Pendekatan Menggunakan soal selidik untuk menilai tahap kepuasan peserta dalam mod belajar, soalan melibatkan 24 soalan dengan 5 soalan yang pelbagai untuk menjalankan penilaian formatif. Menggunakan penilaian formatif, menggunakan pendekatan pembelajaran dalam kuliah dan juga sistem pembelajaran secara online (e-learning) dikalangan rakan sebaya.
Penilaian diambil sebanyak 75% dari markah akhir.
Persampelan Dengan menggunakan 35 orang peserta didik dalam kumpulan eksperimen dan 34 orang pelajar dalam kumpulan kawalan yang mengisi soal selidik dalam jangka masa tempoh 2 minggu belajar. Dengan menggunakan soal selidik terhadap 19 orang pelajar  dari 28 yang mendaftar “Quality of Teaching Survey”
Instrumen Menggunakan soal selidik kepada peserta kajian. Menggunakan aplikasi tinjauan secara online dan menggunakan skala Likert.
Analisis Yang Dijalankan Analisis dijalankan adalah berdasarkan analisis:
Hasil penilaian sangat setuju, setuju, disetujui , sangat tidak bersetuju, tidak setuju  dan ditolak.
Analisis berdasarkan keputusan soal selidik dari Skala Likert, iaitu:

1 =“strongly disagree”
2 =“disagree”,
3 = “neutral”,
4 =“agree”,
5 =“strongly agree”.
Dari keputusan standard division, 19 orang pelajar “agree” dengan pembelajaran secara online.
Rumusan Kebanyakan peserta didik menyertai dalam dua kumpulan bersetuju bahawa nota pembelajaran dan memberikan manfaat dalam hal prestasi pembelajaran =84,97%
Peserta pendidik dari kumpulan eksperimen dan peserta pendidik =72,06% dari kumpulan kawalan percaya bahawa sistem pembelajaran yang dicadangkan dapat meningkatkan keupayaan dalam belajar dan mendapatkan nilai bagus dalam belajar.
Dengan pembelajaran dikalangan rakan sebaya dan online dapat memberi pengalaman kepada pelajar dan meingkatkan tahap pemahaman pembelajaran.
Ulasan Dalam kajian penilaian yang menggunakan pendekatan penilaian formatif, ia merupakan penilaian yang dijalankan secara berterusan untuk memantau prestasi, sama ada prestasi penggunaan sistem, dan juga prestasi pelajar yang menggunakan sistem dan juga prestasi dalam pembelajaran. Penilaian formatif juga lebih kepada penilaian proses dan juga dijalankan secara berterusan.

Jurnal 3: Penilaian dibuat dengan menggunakan mobil untuk menilai peserta dalam menggunakan pembelajaran berasaskan web.
Jurnal 4: Penilaian formatif dijalankan dalam pembelajaran secara online, data yang dijalankan adalah hanya terhadap 19 orang pelajar yang berdaftar.

Wednesday, September 29, 2010

Ulasan Buku



  Tugasan 2:          Penilaian  Pendidikan Komputer GGGE  6953
  Tajuk Buku:        Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan
  Penulis:               Abd. Latif Haji Gapor
  Penerbit:             Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
  Tahun:                 2006

Terdapat 12 BAB:


BAB 1
Domain Teknologi Pendidikan
Domain bermaksud: Maklumat yang diketahui berkenaan bidang tertentu bagi sesuatu penggunaan.

Dalam Bab pertama, penulis menerangkan maksud domain dari segi penggunaan, rekabentuk, pengurusan, pembangunan dan penilaian.
BAB 2 Penilaian Dalam Kurikulum Teknologi Pendidikan
Dalam Bab 2, penulis menyatakan maksud kurikulum yang dijadikan sebagai panduan untuk satu perancangan teknologi pendidikan.

Kurikulum juga boleh dirumuskan bahawa ia terdiri daripada isi kandungan, pengalaman-pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang terancang.

Dalam bab ini juga ada menerangkan pemilihan kandungan kurikulum dan sumbangan buku kepada kandungan kurikulum.
Dalam bab 2 ini juga penulis menekankan kurikulum yang difokus adalah kurikulum kursus dalam teknologi pendidikan. Kurikulum kursus ini mengandungi perancangan pengalaman pengalaman pembelajaran dalam bentuk dokumen untuk dilaksanakan menerusi bimbingan dan pengawalan oleh pihak institusi latihan perguruan iaitu maktab perguruan supaya mencapai matlamat yang diharapkan. Matlamat kursus ini adalah untuk menyediakan bakal guru yang mempunyai kebolehan dan kemahiran menggunakan pelbagai media pengajaran supaya mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
BAB 3 Kurikulum Teknologi Pendidikan Di Maktab Perguruan
Bab 3 membincangkan perubahan-perubahan dalam pendidikan yang juga dikenali sebagai reformasi dalam pendidikan adalah secara sengaja dilaksanakan sebagai usaha untuk memperbaiki, memperkukuhkan dan mempertingkatkan mutu pendidikan.
Penulis juga menghuraikan pendekatan secara tidak langsung yang wujud dalam kurikulum. Pendekatan secara tidak langsung adalah tidak terancang secara bertulis di dalam pelaksanaan kurikulum di maktab meliputi pelbagai disiplin ilmu. Kegiatan-kegiatan seperti pameran dan pertandingan media pengajaran ini telah diadakan secara bermusim dan bergantung kepada inisiatif warga maktab.
BAB 4 Pandangan Pelajar Mengenai Pelaksanaan Kursus Teknologi Pendidikan
Dalam bab 4, penulis berpendapat sejauh mana penerimaan pelajar dan kesesuaian persekitaran pengajaran pembelajaran atau kemudahan bahan pengajaran dalam pelaksanaan kurikulum atau motivasi staf pelaksana yang sukar ditentukan tanpa melihatnya secara sistematik menerusi kegiatan penilaian kurikulum.
Dalam bab ini juga penulis menerangkan keseluruhan aspek yang ditinjau dari pandangan responden (pelajar)  menunjukkan pro dan kontra. Pandangan responden juga menyentuh kebanyakan aspek berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum sebagaimana terdapat dalam tinjauan bacaan. Pandangan  positif mengenai pelaksanaan kursus teknologi pendidikan sebagaimana yang dihuraikan telah cukup memuaskan bagi kesua-dua pihak pensyarah dan pelajar. Jadi, penulis berpendapat bahawa kajian tindakan selanjutnya mampu mencungkil aspek-aspek tertentu yang lebih mendalam. Aktiviti seperti ujian adalah tuntutan yang mesti dilalui oleh pelajar. Aspek pengurusan, kaedah, peralatan, dan kemudahan fizikal bilik kuliah boleh dipertimbangkan bag meningkatkan mutu pelaksanaan kursus teknologi pendidikan pada masa akan datang.
BAB 5 Perkembangan Pengetahuan Professional Guru Dalam Penggunaan Teknologi Pendidikan
Bab 5 menerangkan pandangan dari golongan professional yang berasaskan dapatan kajian perkembangan penggunaan teknologi pendidikan dari sudut perkembangan individu guru sewaktu latihan di maktab perguruan seterusnya berkhidmat di sekolah dan seterusnya melanjutkan pendidikan tinggi di university. Pandangan dari golongan ini juga dapat membantu mencorak perkembangan kurikulum teknologi pendidikan di peringkat pendidikan guru sama ada di maktab perguruan atau Universiti.
Pada bab ini juga, penulis menyatakan 4 kategori yang disaran untuk dijadikan hala tuju perkembangan pengetahuan dalam teknologi pendidikan di institusi perguruan. Persediaan yang wajar juga perlu dilakukan dan bergantung kepada kesediaan menganalisa faktor iaitu ciri-ciri pelajar, jenis kandungan pengajaran, kemampuan persediaan kemudahan teknologi, kepakaran pengajar dan pengurusan organisasi pembelajaran. Hasil analisa faktor-faktor ini dijangka mampu memenuhi kehendak perkembangan pengetahuan professional teknologi pendidikan para pendidik.
BAB 6 Pemilihan Dan Penggunaan Media Instruksional Di Institut Pengajian Tinggi
Bab 6 menerangkan peranan media pengajaran dalam rekabentuk pengajaran dengan memberi input dan aspek kandungan dan memenuhi keperluan penyampaian maklumat secara terancang. Pemilihan dan penggunaan media semasa kuliah di institusi pengajian tinggi adalah wajar dipertimbangkan dengan serius dalam konteks kejelasan dan kesempurnaan maklumat yang diperolehi oleh kumpulan sasaran iaitu pelajar. Amat malang sekiranya kaedah bersemuka yang dipilih gagal dilaksanakan dengan berkesan atau mempunyai nilai pembelajaran yang tidak bermutu akibat kelemahan media instruksional yang terpilih.
Bab 6 ini juga menghuraikan secara ditil mengenai penggunaan pelbagai media instruksi dalam pengajaran dan pembelajarn di institusi pengajian tinggi yang dapat menyokong pembelajaran menerusi perolehan maklumat yang lebih baik kepada pelajar. Pelajar peringkat pengajian tinggi memerlukan kaedah terbaik dengan bantuan media untuk berinteraksi dengan maklumat baru secara lebih bermakna. Penggunaan media instruksi boleh ditingkatkan sekiranya wujud kesediaan capaian media instruksi dengan mudah, latihan, bentuk maklumat dan kandungan kursus yang sesuai.
BAB 7 Penggunaan Media Pengajaran
Bab 7 menerangkan mengenai kepentingan media dan tujuan penggunaannya di kalangan guru-guru untuk mencapai objektif pelajaran, membantu pelajar memahami konsep dan menguasai kemahiran. Penulis juga mendapati bahawa guru yang cekap menggunakan media akan lebih kerap menggunakan kerana mengetahui keberkesanan penggunaan media tersebut.
Penulis juga ada menyatakan masalah yang dihadapi ketika menggunakan media dalam pengajaran, seperti kemudahan media dalam bilik darjah yang tidak mencukupi, bahan media yang sukar diperolehi, peruntukan  media yang tidak mencukupi dan kerenah pentadbiran yang banyak dalam penyediaan bahan pengajaran.
Penulis juga berpendapat bahawa amat wajar kajian penilaian dijalankan untuk melihat dari aspek perancangan dan pelaksanaan kurikulum yang berkaitan dengan bidang  ini di maktab perguruan. Kajian ini juga telah dibuat oleh penulis ketika beliau menjalankan kajian di peringkat Doktor Falsafah. Kejayaan perancangan kurikulum wajar dinilai pada tahap perkembangan kandungan kurikulum dan keberkesanannya.
BAB 8 Intergrasi Inovasi Teknologi Di Kalangan Guru Pelatih: Kes Internet
Bab ini menerangkan mengenai perubahan yang ketara dengan kemunculan pelbagai teknologi dalam komunikasi maklumat. Dengan adanya kemudahan teknologi, akan menyebabkan terdapatnya kemampuan merentas maklumat ke seluruh Negara.
Penulis juga menyatakan bahawa teori inovasi yang dihuraikan adalah nyata bahawa kebanyakan responden telah menerima dan mengintegrasikan internat dalam kehidupan. Inovasi yang dibawa oleh internet telah dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam perkara yang berkaitan dengan kehidupan guru pelatih. Integrasi internet dalam kehidupan yang digambarkan dengan kekerapan dan tempoh penggunaan internet di kalangan guru pelatih di universiti mempunyai pertalian yang signifikan dengan usaha untuk menimba ilmu pengetahuan mengikut keperluan program mereka. Tanda positif dengan kemajuan dalam teknologi ini sedang digunakan dalam meningkat kualiti perolehan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan di kalangan bakal guru di institusi pengajian tinggi. Amalan ini juga wajar dikembangkan memandangkan teknologi ini akan membangun dengan pelbagai kemudahan baru yang mampu meningkatkan mutu kehidupan dan perkembangan dalam bidang pendidikan.
BAB 9 Aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran Dan Teknologi Dalam Latihan Mengajar
Bab 9 menerangkan program latihan mengajar merupakan salah satu komponen penting dalam kurikulum pendidikan guru. Penghasilan guru terlatih memerlukan satu bentuk latihan yang menyediakan peluang dalam suasana yang sebenar.  Suasana ini tidak mungkin diperolehi di bilik kuliah dan bilik pengajaran mikro di universiti. Dalam perancangan kurikulum pendidikan guru meletakkan bahawa latihan mengajar menjadi komponen yang perlu di lalui oleh bakal guru.
Penulis juga menegaskan dalam bab ini bahawa kajian lanjut masih perlu diadakan dan dijangkakan boleh mengesahkan elemen baru seperti reka bentuk motivasi dan teknologi prestasi untuk model reka bentuk pengajaran dan teknologi khususnya dalam program latihan mengajar.
BAB 10 Penyebatian Kemahiran Berfikir Dalam Pelaksanaan Kursus Kajian Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi
Bab 10 menyatakan sesuatu kursus yang dirancang bertujuan member makna kepada pelajar sejajar dengan kehendak kurikulum yang dibentuk. Dalam bab ini juga menekankan bahawa keutamaan adalah sejauh mana kursus dapat disampaikan secara berkesan.
Bab ini juga menyatakan bahawa elemen kemahiran berfikir telah dilaksanakan secara penyebatian separa dalam kaedah pengajaran sebuah kursus pada peringkat sarjana. Penulis juga berpendapat bahawa penyebatian elemen ini adalah secara langsung dan tidak langsung telah memberi sumbangan kepada pencapaian objektif pembelajaran kursus. Namun begitu, kemahiran ini perlu dilengkapi dengan kemahiran lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran teknologi maklumat, dan pengetahuan mendalam dalam  bidang penyelidikan dan bidang reka bentuk instruksional dan teknologi yang menjadi pra syarat kepada kursus ini.
BAB 11 Intergrasi Penggunaan Laman Web Dengan Kuliah
Penulis menyatakan bahawa beliau telah menyediakan laman web untuk 3 tajuk kursus Teknologi Pendidikan. Tiga tajuk utama yang dipersembahkan dalam bentuk web adalah seperti pemilihan dan penilaian media, dan juga pusat sumber pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media laman web di peringkat pengajian tinggi di Negara ini merupakan kaedah baru yang sedang diteroka sejak kebelakangan ini. Penglibatan pensyarah dan pelajar dalam membina persekitaran pembelajaran menggunakan laman web yang mantap memerlukan kos yang tinggi dam tempoh perancangan yang lama berbanding dengan kaedah tradisi dalam kuliah.
Bab ini juga menerangkan bahawa penggunaan laman web adalah sebagai pelengkap kepada kaedah kuliah telah diterima dan dipersetujui oleh responden. Namun begitu, sambutan mereka terutama secara online masih diperingkat sederhana. Tinjauan ini menunjukkan terdapat penunjuk positif di mana tahap penerimaan dan persetujuan pelajar pada masa ini adalah tahap yang memuaskan dengan lebih baik sekiranya beberapa masalah tersebut wajar dilaksanakan menerusi sokongan pentadbiran dan perkhidmatan teknikal university. Keberkesanannya juga bergantung kepada kesungguhan pelajar itu sendiri dalam penerokaan maklumat untuk pembelajaran mereka. Tinjauan ini dengan jelasakan memberi implikasi bahawa pelaksanaan e pembelajaran mampu diadakan dengan memuaskan pada masa akan datang.
BAB 12 Mod Penyampaian E-Learning
Dalam bab ini menerangkan bahawa pengajaran dan pembelajaran perlu mendapat perhatian yang wajar dari tenaga pengajar. Terdapat beberapa faktor yang mampu menyumbang ke arah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Disiplin ilmu yang ingin diketengahkan oleh penulis adalah penggunaan bidang rekabentuk instruksional dan teknologi dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Bab akhir ini juga menyatakan mod penyampaian dengan menggunakan e-pembelajaran dijangka dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Persekitaran fizikal pembelajaran yang kondusif perlu disediakan bagi menjamin kelangsungannya berjalan dengan baik.  Di samping itu, faktor kesungguhan yang konsisten dari pihak pelajar dan pensyarah wajar dipertimbangkan sebagai penyumbang ke arah pembelajaran yang berkualiti.
Faedah dari buku : Buku ini berfaedah untuk digunakan pelajar dan penyelidik dalam bidang pendidikan. Selain itu, ia dapat memberi maklumat dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya dalam domain penilaian. Penilaian juga merupakan salah satu aspek di bawah penyelidikan pendidikan. Penilaian juga perlu diberi perhatian dan dijalankan secara berterusan sejajar dengan perkembangan ilmu yang telah menyemarakkan perubahan kandungan kurikulum dan stratgei perlaksanaannya.
Hasil dari pembacaan buku ini, penilaian adalah sangat penting untuk memudahkan para pembaca seperti saya membuat keputusan untuk mempertimbangkan untuk menambahbaik kualiti kursus yang dijalankan, dan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).
                                                                                                          
Rumusan : Pada saya, sebagai seorang pelajar, buku ini amat berguna untuk dijadikan sebagai rujukan khusus untuk menjalankan penilaian dalam satu kursus komputer dan pembelajaran dalam talian (e-learning).