Tugasan 2: Penilaian Pendidikan Komputer GGGE 6953
Tajuk Buku: Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan
Penulis: Abd. Latif Haji Gapor
Tajuk Buku: Domain Penilaian Dalam Teknologi Pendidikan
Penulis: Abd. Latif Haji Gapor
Penerbit: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
Tahun: 2006
Terdapat 12 BAB:
Tahun: 2006
Terdapat 12 BAB:
BAB 1 | Domain Teknologi Pendidikan Domain bermaksud: Maklumat yang diketahui berkenaan bidang tertentu bagi sesuatu penggunaan. Dalam Bab pertama, penulis menerangkan maksud domain dari segi penggunaan, rekabentuk, pengurusan, pembangunan dan penilaian. |
BAB 2 | Penilaian Dalam Kurikulum Teknologi Pendidikan Dalam Bab 2, penulis menyatakan maksud kurikulum yang dijadikan sebagai panduan untuk satu perancangan teknologi pendidikan. Kurikulum juga boleh dirumuskan bahawa ia terdiri daripada isi kandungan, pengalaman-pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang terancang. Dalam bab ini juga ada menerangkan pemilihan kandungan kurikulum dan sumbangan buku kepada kandungan kurikulum. Dalam bab 2 ini juga penulis menekankan kurikulum yang difokus adalah kurikulum kursus dalam teknologi pendidikan. Kurikulum kursus ini mengandungi perancangan pengalaman pengalaman pembelajaran dalam bentuk dokumen untuk dilaksanakan menerusi bimbingan dan pengawalan oleh pihak institusi latihan perguruan iaitu maktab perguruan supaya mencapai matlamat yang diharapkan. Matlamat kursus ini adalah untuk menyediakan bakal guru yang mempunyai kebolehan dan kemahiran menggunakan pelbagai media pengajaran supaya mampu menyampaikan pengajaran dengan berkesan. |
BAB 3 | Kurikulum Teknologi Pendidikan Di Maktab Perguruan Bab 3 membincangkan perubahan-perubahan dalam pendidikan yang juga dikenali sebagai reformasi dalam pendidikan adalah secara sengaja dilaksanakan sebagai usaha untuk memperbaiki, memperkukuhkan dan mempertingkatkan mutu pendidikan. Penulis juga menghuraikan pendekatan secara tidak langsung yang wujud dalam kurikulum. Pendekatan secara tidak langsung adalah tidak terancang secara bertulis di dalam pelaksanaan kurikulum di maktab meliputi pelbagai disiplin ilmu. Kegiatan-kegiatan seperti pameran dan pertandingan media pengajaran ini telah diadakan secara bermusim dan bergantung kepada inisiatif warga maktab. |
BAB 4 | Pandangan Pelajar Mengenai Pelaksanaan Kursus Teknologi Pendidikan Dalam bab 4, penulis berpendapat sejauh mana penerimaan pelajar dan kesesuaian persekitaran pengajaran pembelajaran atau kemudahan bahan pengajaran dalam pelaksanaan kurikulum atau motivasi staf pelaksana yang sukar ditentukan tanpa melihatnya secara sistematik menerusi kegiatan penilaian kurikulum. Dalam bab ini juga penulis menerangkan keseluruhan aspek yang ditinjau dari pandangan responden (pelajar) menunjukkan pro dan kontra. Pandangan responden juga menyentuh kebanyakan aspek berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum sebagaimana terdapat dalam tinjauan bacaan. Pandangan positif mengenai pelaksanaan kursus teknologi pendidikan sebagaimana yang dihuraikan telah cukup memuaskan bagi kesua-dua pihak pensyarah dan pelajar. Jadi, penulis berpendapat bahawa kajian tindakan selanjutnya mampu mencungkil aspek-aspek tertentu yang lebih mendalam. Aktiviti seperti ujian adalah tuntutan yang mesti dilalui oleh pelajar. Aspek pengurusan, kaedah, peralatan, dan kemudahan fizikal bilik kuliah boleh dipertimbangkan bag meningkatkan mutu pelaksanaan kursus teknologi pendidikan pada masa akan datang. |
BAB 5 | Perkembangan Pengetahuan Professional Guru Dalam Penggunaan Teknologi Pendidikan Bab 5 menerangkan pandangan dari golongan professional yang berasaskan dapatan kajian perkembangan penggunaan teknologi pendidikan dari sudut perkembangan individu guru sewaktu latihan di maktab perguruan seterusnya berkhidmat di sekolah dan seterusnya melanjutkan pendidikan tinggi di university. Pandangan dari golongan ini juga dapat membantu mencorak perkembangan kurikulum teknologi pendidikan di peringkat pendidikan guru sama ada di maktab perguruan atau Universiti. Pada bab ini juga, penulis menyatakan 4 kategori yang disaran untuk dijadikan hala tuju perkembangan pengetahuan dalam teknologi pendidikan di institusi perguruan. Persediaan yang wajar juga perlu dilakukan dan bergantung kepada kesediaan menganalisa faktor iaitu ciri-ciri pelajar, jenis kandungan pengajaran, kemampuan persediaan kemudahan teknologi, kepakaran pengajar dan pengurusan organisasi pembelajaran. Hasil analisa faktor-faktor ini dijangka mampu memenuhi kehendak perkembangan pengetahuan professional teknologi pendidikan para pendidik. |
BAB 6 | Pemilihan Dan Penggunaan Media Instruksional Di Institut Pengajian Tinggi Bab 6 menerangkan peranan media pengajaran dalam rekabentuk pengajaran dengan memberi input dan aspek kandungan dan memenuhi keperluan penyampaian maklumat secara terancang. Pemilihan dan penggunaan media semasa kuliah di institusi pengajian tinggi adalah wajar dipertimbangkan dengan serius dalam konteks kejelasan dan kesempurnaan maklumat yang diperolehi oleh kumpulan sasaran iaitu pelajar. Amat malang sekiranya kaedah bersemuka yang dipilih gagal dilaksanakan dengan berkesan atau mempunyai nilai pembelajaran yang tidak bermutu akibat kelemahan media instruksional yang terpilih. Bab 6 ini juga menghuraikan secara ditil mengenai penggunaan pelbagai media instruksi dalam pengajaran dan pembelajarn di institusi pengajian tinggi yang dapat menyokong pembelajaran menerusi perolehan maklumat yang lebih baik kepada pelajar. Pelajar peringkat pengajian tinggi memerlukan kaedah terbaik dengan bantuan media untuk berinteraksi dengan maklumat baru secara lebih bermakna. Penggunaan media instruksi boleh ditingkatkan sekiranya wujud kesediaan capaian media instruksi dengan mudah, latihan, bentuk maklumat dan kandungan kursus yang sesuai. |
BAB 7 | Penggunaan Media Pengajaran Bab 7 menerangkan mengenai kepentingan media dan tujuan penggunaannya di kalangan guru-guru untuk mencapai objektif pelajaran, membantu pelajar memahami konsep dan menguasai kemahiran. Penulis juga mendapati bahawa guru yang cekap menggunakan media akan lebih kerap menggunakan kerana mengetahui keberkesanan penggunaan media tersebut. Penulis juga ada menyatakan masalah yang dihadapi ketika menggunakan media dalam pengajaran, seperti kemudahan media dalam bilik darjah yang tidak mencukupi, bahan media yang sukar diperolehi, peruntukan media yang tidak mencukupi dan kerenah pentadbiran yang banyak dalam penyediaan bahan pengajaran. Penulis juga berpendapat bahawa amat wajar kajian penilaian dijalankan untuk melihat dari aspek perancangan dan pelaksanaan kurikulum yang berkaitan dengan bidang ini di maktab perguruan. Kajian ini juga telah dibuat oleh penulis ketika beliau menjalankan kajian di peringkat Doktor Falsafah. Kejayaan perancangan kurikulum wajar dinilai pada tahap perkembangan kandungan kurikulum dan keberkesanannya. |
BAB 8 | Intergrasi Inovasi Teknologi Di Kalangan Guru Pelatih: Kes Internet Bab ini menerangkan mengenai perubahan yang ketara dengan kemunculan pelbagai teknologi dalam komunikasi maklumat. Dengan adanya kemudahan teknologi, akan menyebabkan terdapatnya kemampuan merentas maklumat ke seluruh Negara. Penulis juga menyatakan bahawa teori inovasi yang dihuraikan adalah nyata bahawa kebanyakan responden telah menerima dan mengintegrasikan internat dalam kehidupan. Inovasi yang dibawa oleh internet telah dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam perkara yang berkaitan dengan kehidupan guru pelatih. Integrasi internet dalam kehidupan yang digambarkan dengan kekerapan dan tempoh penggunaan internet di kalangan guru pelatih di universiti mempunyai pertalian yang signifikan dengan usaha untuk menimba ilmu pengetahuan mengikut keperluan program mereka. Tanda positif dengan kemajuan dalam teknologi ini sedang digunakan dalam meningkat kualiti perolehan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan di kalangan bakal guru di institusi pengajian tinggi. Amalan ini juga wajar dikembangkan memandangkan teknologi ini akan membangun dengan pelbagai kemudahan baru yang mampu meningkatkan mutu kehidupan dan perkembangan dalam bidang pendidikan. |
BAB 9 | Aplikasi Model Reka Bentuk Pengajaran Dan Teknologi Dalam Latihan Mengajar Bab 9 menerangkan program latihan mengajar merupakan salah satu komponen penting dalam kurikulum pendidikan guru. Penghasilan guru terlatih memerlukan satu bentuk latihan yang menyediakan peluang dalam suasana yang sebenar. Suasana ini tidak mungkin diperolehi di bilik kuliah dan bilik pengajaran mikro di universiti. Dalam perancangan kurikulum pendidikan guru meletakkan bahawa latihan mengajar menjadi komponen yang perlu di lalui oleh bakal guru. Penulis juga menegaskan dalam bab ini bahawa kajian lanjut masih perlu diadakan dan dijangkakan boleh mengesahkan elemen baru seperti reka bentuk motivasi dan teknologi prestasi untuk model reka bentuk pengajaran dan teknologi khususnya dalam program latihan mengajar. |
BAB 10 | Penyebatian Kemahiran Berfikir Dalam Pelaksanaan Kursus Kajian Reka Bentuk Instruksional Dan Teknologi Bab 10 menyatakan sesuatu kursus yang dirancang bertujuan member makna kepada pelajar sejajar dengan kehendak kurikulum yang dibentuk. Dalam bab ini juga menekankan bahawa keutamaan adalah sejauh mana kursus dapat disampaikan secara berkesan. Bab ini juga menyatakan bahawa elemen kemahiran berfikir telah dilaksanakan secara penyebatian separa dalam kaedah pengajaran sebuah kursus pada peringkat sarjana. Penulis juga berpendapat bahawa penyebatian elemen ini adalah secara langsung dan tidak langsung telah memberi sumbangan kepada pencapaian objektif pembelajaran kursus. Namun begitu, kemahiran ini perlu dilengkapi dengan kemahiran lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran teknologi maklumat, dan pengetahuan mendalam dalam bidang penyelidikan dan bidang reka bentuk instruksional dan teknologi yang menjadi pra syarat kepada kursus ini. |
BAB 11 | Intergrasi Penggunaan Laman Web Dengan Kuliah Penulis menyatakan bahawa beliau telah menyediakan laman web untuk 3 tajuk kursus Teknologi Pendidikan. Tiga tajuk utama yang dipersembahkan dalam bentuk web adalah seperti pemilihan dan penilaian media, dan juga pusat sumber pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan media laman web di peringkat pengajian tinggi di Negara ini merupakan kaedah baru yang sedang diteroka sejak kebelakangan ini. Penglibatan pensyarah dan pelajar dalam membina persekitaran pembelajaran menggunakan laman web yang mantap memerlukan kos yang tinggi dam tempoh perancangan yang lama berbanding dengan kaedah tradisi dalam kuliah. Bab ini juga menerangkan bahawa penggunaan laman web adalah sebagai pelengkap kepada kaedah kuliah telah diterima dan dipersetujui oleh responden. Namun begitu, sambutan mereka terutama secara online masih diperingkat sederhana. Tinjauan ini menunjukkan terdapat penunjuk positif di mana tahap penerimaan dan persetujuan pelajar pada masa ini adalah tahap yang memuaskan dengan lebih baik sekiranya beberapa masalah tersebut wajar dilaksanakan menerusi sokongan pentadbiran dan perkhidmatan teknikal university. Keberkesanannya juga bergantung kepada kesungguhan pelajar itu sendiri dalam penerokaan maklumat untuk pembelajaran mereka. Tinjauan ini dengan jelasakan memberi implikasi bahawa pelaksanaan e pembelajaran mampu diadakan dengan memuaskan pada masa akan datang. |
BAB 12 | Mod Penyampaian E-Learning Dalam bab ini menerangkan bahawa pengajaran dan pembelajaran perlu mendapat perhatian yang wajar dari tenaga pengajar. Terdapat beberapa faktor yang mampu menyumbang ke arah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Disiplin ilmu yang ingin diketengahkan oleh penulis adalah penggunaan bidang rekabentuk instruksional dan teknologi dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Bab akhir ini juga menyatakan mod penyampaian dengan menggunakan e-pembelajaran dijangka dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Persekitaran fizikal pembelajaran yang kondusif perlu disediakan bagi menjamin kelangsungannya berjalan dengan baik. Di samping itu, faktor kesungguhan yang konsisten dari pihak pelajar dan pensyarah wajar dipertimbangkan sebagai penyumbang ke arah pembelajaran yang berkualiti. |
Faedah dari buku : | Buku ini berfaedah untuk digunakan pelajar dan penyelidik dalam bidang pendidikan. Selain itu, ia dapat memberi maklumat dalam bidang teknologi pendidikan, khususnya dalam domain penilaian. Penilaian juga merupakan salah satu aspek di bawah penyelidikan pendidikan. Penilaian juga perlu diberi perhatian dan dijalankan secara berterusan sejajar dengan perkembangan ilmu yang telah menyemarakkan perubahan kandungan kurikulum dan stratgei perlaksanaannya. Hasil dari pembacaan buku ini, penilaian adalah sangat penting untuk memudahkan para pembaca seperti saya membuat keputusan untuk mempertimbangkan untuk menambahbaik kualiti kursus yang dijalankan, dan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). |
Rumusan : | Pada saya, sebagai seorang pelajar, buku ini amat berguna untuk dijadikan sebagai rujukan khusus untuk menjalankan penilaian dalam satu kursus komputer dan pembelajaran dalam talian (e-learning). |
No comments:
Post a Comment